Mengikut Kamus Dwibahasa DBP (1985) integriti ialah kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan. Integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, berakhlak mulia, sabar, jujur, berani dan berilmu pengetahuan. Mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi.
Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris
yang membawa maksud keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia
biasanya menjurus ke arah perwatakan seseorang. Perspektif pendidikan terhadap
integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara bersepadu dan mantap pada
individu anggota perkhidmatan pelajaran dan institusi pelajaran berlandaskan
etika serta pematuhan kepada amalan terbaik.
Ciri-ciri Integriti Guru
Berakhlak Mulia
Berakhlak mulia atau bermoral merupakan satu sifat yang
penting dalam membentuk peribadi yang berintegriti. Akhlak yang mulia seperti
aspek menghormati antara satu sama lain iaitu dalam kalangan rakan sejawat
dengan majikan. Guru tidak boleh menindas dan ditindas yang akhirnya akan
membangkitkan rasa dendam dan persaingan yang tidak dihat.
Hubungan baik dengan pihak pentadbir
Hubungan baik antara guru pembimbing dan guru praktikum
Hubungan baik dengan pihak pentadbir
Hubungan baik antara guru pembimbing dan guru praktikum
Telus dan tulus
Sikap telus ialah sikap berterus terang terhadap sesuatu
perkara. Manakala Tulus pula lebih bersifat kepada dalaman diri iaitu ikhlas
dalam menjalankan tugas. Kedua-dua sifat ini perlu diterapkan dalam peribadi
seseorang guru. Individu yang telus dan tulus akan melakukan semua pekerjaan
dengan ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu balasan.
Guru praktikum ditugaskan mengiringi pelajar ke SMK Dato Bahaman
Jujur
Berintegriti juga bermakna jujur dalam menyampaikan atau
membuat sesuatu tidak kira di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Guru perlu bersikap jujur dalam melakukan sesuatu perkara dan mengambil tindakan yang betul terhadap sesuatu permasalahan.
Bersikap jujur ketika menulis laporan pelajar
Sabar
Guru bersabar dalam menghadapi kesusahan menyampaikan ilmu
kepada murid-murid. Malah kita juga harus bersabar dalam menghadapi kerenah
teman sejawatan, jiran atau pihak atasan. Apalagi dalam situasi kita berada di pihak yang benar dan
mereka di pihak yang salah. Jika tidak sabar, kita pasti akan bertindak melulu.
Setiap keputusan yang diambil dengan emosi yang membara akan selalunya berakhir
dengan keputusan yang tidak baik dan penyesalan.
Guru perlu menunjukkan sifat sabar yang tinggi ketika melayan kerenah pelajar
Guru perlu menunjukkan sifat sabar yang tinggi ketika melayan kerenah pelajar
No comments:
Post a Comment