Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh guru. Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesion perguruan. Kaplan, L dan Owing, W (2001) melihat akantabiliti guru dari dua perspektif iaitu perspektif kualiti guru dan kualiti pengajaran. perspektif terhadap kualiti guru bermaksud guru bertanggungjawab ke atas pencapaian akademik pelajar. Perspektif terhadap kualiti pengajaran pula, setiap guru menjadikan dirinya sebagai sumber ilmu pengetahuan untuk dirujuk oleh pelajar. Guru dilihat sebagai fasilitator dalam sekolah dan bilik darjah yang akan menambah dan membina ilmu pengetahuan serta menggunakan pendekatan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar. Terdapat 6 akauntabiliti guru iaitu terhadap murid, sekolah, profesion, komuniti dan tingkah laku.
1) Akauntabiliti Guru Terhadap Murid
Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan guru dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada negara. Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari segi moral serta akhlak.
Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan guru dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada negara. Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari segi moral serta akhlak.
Bersikap adil kepada pelajar tidak mengira kaum
2) Akauntabiliti Terhadap Sekolah
Seorang guru yang mengamalkan akauntabiliti terhadap sekolah merupakan seorang guru yang mengambil berat terhadap pencapaian sekolah dan segala aktiviti di sekolah. Guru ini akan sentiasa memastikan kaedah pengajaran yang digunakan sejajar dengan perkembangan kognitif pelajar. Guru perlu mengikuti perkembangan semasa tentang isu-isu yang berkaitan sekolah terutama sekali isu-isu yang melibatkan kaedah pengajaran yang terkini dan serba canggih. Guru melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan di sekolah.
Guru praktikum terlibat secara langsung sebagai pengacara majlis penutup Kem Pelajar Tingkatan 3
Guru praktikum terlibat secara langsung sebagai pengacara majlis penutup Kem Pelajar Tingkatan 3
Aktiviti gotong-royong mengecat kolam sekolah
Guru praktikum bertugas sebagai urus setia pertandingan badminton sekolah
3) Akauntabiliti Terhadap Profesion
Di samping melaksnakan tanggngjawab mendidik
murid-murid, guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tngkah laku
diri sendiri. Faktor ini amat penting kerana guru hendaklah menunjukkan teladan
yang terbai kepada murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan imej yang
terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin
dan tegas serta amanah dalam menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai-nilai
ini, guru akan sentiasa dihormati oleh murid-murid. Guru hendaklah sentiasa bersedia dalam membantu rakan sejawat dengan memberi bantuan yang diperlukan dan sentiasa memeberikan kerjasama yang baik kepada rakan sejawat.
Memakai pakaian yang kemas mengikut etika pemakaian perguruan
Bersedia menghulurkan bantuan kepada rakan sejawat
4) Akauntabiliti Terhadap Tingkah Laku
Guru
perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terutama tentang subjek yang
diajarkan. Guru perlu mengamalkan nilai-nilai murni seperti kejujuran, keikhlasan,kecekapan dan belas kasihan. Guru
juga perlu memelihara penampilan diri sebagai seorang guru
yang profesion. Guru
mengawal tingah laku ketika mengajar seperti mengawal emosi ketika berhadapan dengan pelajar.
5) Akauntabiliti Terhadap Komuniti.
Seorang guru perlu menunjukkan sifat yang positif kepada kamuniti kerana guru dipandang tinggi oleh seluruh masyarakat. Guru perlu sentiasa bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial terutama sekali apabila melibatkan masyarakat sekeliling. Guru bertanggungjawab dalam mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat seperti terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh masyarakat. Guru juga perlu sentiasa menghormati ahli masyarakat setempat dengan menghormati jiran tertangga dan menjaga tingkah laku apabila bersama masyarakat.
No comments:
Post a Comment